Semalam aku urgent leave tapi bukan sbb nak pergi MATTEL Warehouse Sale tapi sbb benda lain. Kitorang suspect ada org masuk rumah siling ats kat bilik komputer renggang mcm ada org bukak...pastu ada puntung rokok yg mcm baru... So kitorang wat la report polis..

Aku risau nak tinggal diorang kat umah kalau gi ofis.. jadi aku plan urgent leave. Semlm habis siling tu kitorang letak ensel...

Pagi2 lepas Aisha gi school, kitorang bwk Afif gi Warehouse MATTEL ni.. Ingatkan tak ramai org... Ya Allah...org berlari-lari keja naik tangga nak gi kat Atria Shopping Centre tu... dgn bertolak-tolaknye...

Aku berjaya la amik Doodle Pro mainan Fisher Price (tu pun ade auntie kasik).. pastu amik Dinasour Besarrrr...yg leh gerak & bunyi "roar"...kale red.. pastu amik mainan Barbie utk Aisha... 4 mainan Barbie utk Aisha... happy je die balik school tgk mainan2 tuh...

Bestnyeee...next year nak gi lagi lehhh??? heheh...
Wow...berjaya gak aku tukar template blog nih...
Aku mmg dah plan kalau gagal aku akan mintak pertolongan SIFU aku....hehehe... sapa lagi puterikiut laaa...
tq nieta ats sumer pertolongan yg diberikan...
Up to 50% off! Kiddyplace only has the baby fair twice a year. Don't miss it!!

Time: 10am to 9.45pm
Venue: Ground Floor, Cheras Leisure Mall
Tel: (03) 9133 1201
Date: 13th Mar 2009 to 22nd Mar 2009

Brands & Products Offered

Kiddyplace – Romper, Sleepwear, Wooden Toys, Potty Seat, Baby Tights, Handkerchief
Kiddyplace Romper Clearance - RM9.90 eachor
Buy 2 Free 1!
All Imported brands like Carters World of Carton - Baby Clothes (best buy & 50% discount)
Fun Active - Toddler & Children Pyjamas
Avent - Bottles, Teats, Pacifier, Breast pump etc.
Simple Dimple - Playgym, Diaper Bag, Soft ToysNuby - Bottles (50% discount)
Bumble Bee - Bedding
Lollipop - Bedding (50% discount)
Buds Baby & Buds for Mom - Buy 2 Free 1
Babylove and more
Dipetik dari tazkirah ex-boss "Kematian yg sentiasa menanti"...

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria.

Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan.

Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali.

Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda.

Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang.

Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi..Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...***********

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?
Tagged from Nieta ... tq nieta...

1. Go to your photos folder in your computer.
ok
2. Go to the 6th folder of photos.
tak banyak letak gamba dalam PC ni..so ada 1 folder jek..
3. Go to the 6th picture in that folder.
ok
4. Put the picture on your blog and description of it.

Gamba ni gamba ke-6 drpd satu-satunya folder yg aku ada.
Afif ni memang suka senyum.. ikut mamanya kut.. :P
Dalam gamba ni mcm senyum version "gatai" jek... die selalu jugak senyum senyum version "senyum simpul".. babah selalu ckp "Afif jgn le selalu sgt senyum sbb Afif kan boy.." ye la tu...
5. Invite six friends to join the challenge.
takleh aaa... sori...
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged
same as Q5... hehe

Date : 13 March 2009 until 15 March 2009

Organizer : MATTA
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)




YES!!... aku ingatkan takda rezeki aku nak menang..

Bulan lepas aku ada masuk BLOG CONTEST yg Awana Hotels & Resort buat. Tu yang buat aku start meng'update' blog yg telah lama aku tinggalkan ni... Kebetulan kami sekeluarga memang suka gi Awana Kijal , jadi aku pun cuba2 nasib nak participate.. tak sangka aku dapat weekly winners..so dapat la Holiday Card RM50...

http://www.awana.com.my/en/blogcontest/winners07.htm
Alamak.. jenuh aku nak cari..

The rules:

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase myanswers, enter yours and tag twenty people. Use the "first letter" of your name toanswer each of the following questions. They have to be real nothing made up! Ifthe person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Fazliatul Ima Binti Abdul Rahman
2. Four letter word: Food
3. A boy's name: Fahmi & Fara
4. A girl's name: Farah & Fahmi
5. An occupation: Fireman
6. A color: Fuchsia pink
7. Something you'll wear: Foot wear
8. A food: Fish
9. Something found in the bathroom: Floss
10. A place: Fraser Hill
11. A reason for being late: Flood
12. Something you'd shout: FREE !!!!
13. A movie title: Fast & the Furious
14. Something you drink: Fruit Juice
15. A musical group: Foreigner / Foo Fighters
16. An animal: Frog
17. A street: Fleetwood Drive
18. A type of car: Fiat
19. The title of a song: February Stars – Foo Fighters

And now, I'm tagging : None




Baru-baru ni aku suka surf internet pasal strokes. Mungkin sebab sebelum ni aku takda ilmu langsung pasal penyakit ni. Segala yg berlaku ada hikmahnya..

Al-Fatihah buat abah yg meninggal 2 Feb09 yg lalu..

Overview
Strokes, or brain attacks, are a major cause of death and permanent disability. They occur when blood flow to a region of the brain is obstructed and may result in death of brain tissue.

There are two main types of stroke: ischemic and hemorrhagic. Ischemic stroke is caused by blockage in an artery that supplies blood to the brain, resulting in a deficiency in blood flow (ischemia). Hemorrhagic stroke is caused by the bleeding of ruptured blood vessels (hemorrhage) in the brain.

During ischemic stroke, diminished blood flow initiates a series of events (called ischemic cascade) that may result in additional, delayed damage to brain cells. Early medical intervention can halt this process and reduce the risk for irreversible complications.

Warning Signs of Stroke
Strokes, or brain attacks, are medical emergencies that require immediate medical attention. Warning signs of stroke include the following:

1. Sudden numbness or weakness, especially on one side of the body
2. Sudden confusion
3. Sudden vision problems in one or both eyes
4. Sudden difficulty walking, dizziness, loss of balance or coordination
5. Sudden, severe headache with no known cause
6. Sudden difficulty speaking or understanding speech

Incidence and Prevalence
Stroke is the third leading cause of death and the leading cause of disability in the United States. Approximately 600,000 strokes, or brain attacks, occur in the United States each year and of these, approximately 150,000 (25%) are fatal. The incidence of stroke is higher in African Americans than Caucasians.

Stroke occurs at an equal rate in men and women, but women are more likely to die. Ischemic stroke occurs more frequently in people over age 65 and hemorrhagic stroke is more common in younger people.

Aku ada terbaca jugak, pertolongan pertama ketika berlaku stroke..

Orang yang terkena Stroke, pembuluh darah di bagian otak lambat laun terjadi proses perpecahan, bila menghadapi keadaan demikian, jangan panik. Dimanapun penderita berada ( kamar mandi, kamar tidur atau ruang tamu ), jangan dipindahkan. Karena bila dipindahkan, akan mempercepat proses perpecahan pembuluh darah.
- Di tempat kejadian itu, topanglah si penderita duduk, agar tidak terjatuh lagi.
- Kini tiba saatnya melepaskan darah.
- Bila di rumah ada jarum suntik, ini paling baik, bila tidak ada, pakailah jarum jahit/ jarum pentol, di steril dengan dibakar api sejenak, kemudian tusuklah kesepuluh ujung jari kedua tangan agar berdarah, bila darah tidak keluar, bisa dipencet, sampai dari kesepuluh jari menetes darah (setiap jari setetes).
Beberapa menit kemudian, si penderita dengan sendirinya akan sadar kembali. Bila mulutnya mengok atau miring, tariklah telinganya sampai merah, dibagian daun telinganya juga ditusuk dua tusukan jarum, sehingga masing-masing telinga menetes dua tetes darah. Beberapa menit kemudian mulutnya akan kembali normal. Setelah semuanya dirasakan normal, tanpa gejala lain, baru mengantar ke tempat pengobatan, pasti terlepas dari masa krisis.
Sebaliknya, bila buru-buru mengangkut dengan ambulans, sepanjang jalan sedikit banyak akan terjadi goncangan, niscaya sampai kerumah sakit, pembuluh darahnya hampir semuanya pecah, dan terjadi pendarahan yang hebat didalam otak, jangan katakan pengobatan medis, ada mujizatpun sulit untuk mempertahankan nyawanya.

Umumnya reaksi dari anggota keluarga atau masyarakat pada umumnya akan membawa penderita Stroke ke rumah sakit untuk pengobatan, goncangan sepanjang jalan akan mempercepat pepecahan pembuluh darah, sehingga pada banyak penderita terjadi kerusakan yang fatal.
Maka pendarahan otak menduduki peringkat kedua dalam ranking penyebab kematian. Mungkin ada yang mujur, tidak fatal, tetapi jadi lumpuh seumur hidup, sungguh suatu kerugian besar bagi pribadi si sakit, keluarga dan masyarakat.
Insya-Allah...




First time aku dapat award nih...
Aku ingat kalau BLOG yg sentiasa update je dapat. Aku ni jarang update.. tq nieta sbb TAG & ajar aku cara nak 'reply' TAG ko nih...hehe
1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
oraiit...
2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda
yang kasik award ni Nieta..
aku kenal nieta kat MMU dulu..masa kat melaka sikit2 jek... kat cyber baru rapat.. kami selalu pegi library sesama.. best sebenanya gi library kan nieta... boleh menambah ilmu di dada.. hahaha... aku rapat lagipun sbb bilik kami selang sebuah jek.. mmg selalu lepak sesama..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
alamak..soalan ni yg payah..aku ni susah nak identify hobi aku apa... tak cukup 10 takpa?
Hobi/Fakta 1 : aku ni tak suka pergi kedai buku...kalau pergi kedai buku mesti mengantuk.. bila husband aku ajak singgah MPH aku pun wat muka seposen.. hehe
Hobi/ Fakta 2 : aku suka baca novel aisya sofea.. first time aku baca kat rumah sewa nieta (masa die tak kawin lg) sampai la aku namakan anak aku Aisha Sofea...hehe... pastu aku start beli buku Aisya Sofea...
Hobi/ Fakta 3 : aku skang suka tgk DVD... tak kire cite KOREA atau cite OMPUTIH...
Hobi/ Fakta 4 : shopping biase jek..tp lagi suka shopping barang/baju untuk Aisha & Afif drpd beli untuk diri sendiri
Hobi/ Fakta 5 : aku satu family suka berjalan.. sbb husband aku ni suka berjalan.. kalau weekend je musti kitorang akan pikir nak gi mana... masa bajet kureng, putrajaya pun jadi.. 1st destinatasi paling aku suka PENANG.. 2nd destination is Awana Kijal & 3rd destinasi is Cameron Highland
Hobi/ Fakta 6 : memandangkan kami suka berjalan...kami pun suka cari tempat makan yg best2.. sbb tu aku ni makin lama makin bagai di pam pam..cuma aku je tak mengaku..
Hobi/ Fakta 7 : aku suka makan makanan mamak..etc. roti canai..hehe.. tapi skang aku target nak kurangkan mkn benda berkolesterol... menjadik ke?
Hobi/ Fakta 8 : aku berasal dr Teluk Intan Perak
Hobi/ Fakta 9 : aku tinggal di Bandar Bukit pUchong 2
Hobi/ Fakta 10 : baru2 ni aku masuk BLOG CONTEST... dan aku berjaya menjadi salah seorang pemenang week 7...
4) pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda
aku taktau nak kasik sapa...sbb sumer yg aku kenal sumer dah di tag... kalau aku TAG nieta leh..??
5) Jangan lupe melawat blog kawan anda yg telah ditag dan menyatakan dia telah telah di tag
orait...
6th Jan 2009 is Aisha's 1st day of school. This year Aisha dah 5 tahun. So, nak tak nak kena start hantar Aisha pergi school.

Kitorang expect akan ada problem nanti, so mama die amik la cuti seminggu, abah lak amik 3 hari. Sehari sebelum sekolah bermula, kena ambil baju kat sekolah. Kitorang memang dah register Aisha dekat KRISTA , dekat dengan rumah. Lagi satu kelebihan, teacher kat situ yg hantar & ambil. Memang risau kalau takde sapa nak amik atau hantar Aisha ke sekolah.


Aisha memang dah excited nak start sekolah ni. Tak sabar nak pakai baju sekolah.

tengah pakai stoking & kasut sekolah

Memula ingat Aisha akan menangis. Untuk 1st day, aku stay la sampai habis school. 2nd day aku hantar & dalam sejam aku stay. Lepas tu aku try tinggalkan Aisha & suruh teacher hantar balik. Sungguh tak percaya, dia langsung tak menangis. Tak sangka langsung. Yela..maklum la Aisha ni pemalu sikit, dengan orang pun die tak bercakap & siap nyorok belakang mamanya. Pastu tak penah kena tinggal kat nursery..dok umah jek..


Alhamdulilah...belajar rajin-rajin & cepat pandai.... :P


posing sebelum melangkah ke sekolah

Awana Kijal, Terengganu merupakan destinasi percutian yang menjadi pilihan family untuk pergi bercuti. Sejak dari Aisha kecil sampai la sekarang dah umur 5 tahun & dah ada Afif, at least setahun sekali kami akan pergi holiday di sini. Tambahan pula, kampung husband di Kuala Terengganu. So, kami pasti akan singgah Awana Kijal.

Awana Kijal Golf, Beach & SPA Resort

Holiday di Awana Kijal memang best. First time pergi, kagum dgn Deluxe Room hotel ni. Fuh..cantik berbanding hotel-hotel lain. Kita boleh pilih samada Deluxe room 1 King Size atau 2 Super Single (mcm Queen size). Yang paling penting semua Deluxe Room sea-facing view.

Deluxe Room

Happy Face - Aisha Sofea 1 year old ++

Ini pula gambar yang diambil semasa kami pergi bercuti baru-baru ni... di lobby yang nampak GRAND..

Kalau terasa nak buat massage atau urut badan, Awana Kijal ada Taman Sari Royal Heritage Spa..


Soul Soothing day at the spa

Satu lagi tarikan Awana Kijal ialah swimming pool. Awana Kijal mempunyai swimming pool kanak-kanak yang besar dan menarik. Kanak-kanak pasti suka.

Excited Afif 1st time mandi swimming pool

Dua beradik yg suka main AIR

Awana Kijal memang terkenal destinasi percutian untuk merehatkan minda & menyegarkan physical & mental. Quote dari marimari.com..

"If people really need a truly unique holiday experience and relaxation.. Awana Kijal is the best place... Its different from other hotels and specifically designed to bring complete rejuvenation to your body, mind and soul. You can find a full peace of mind here."

Mind clearing island visit

Body refreshing round of golf

BIG CHEESS!!

Down to Memory Lane but now changed to Banana Plantation

Kalau berkunjung di Awana Kijal, try la ambil "Holiday Delight Package". Pakej ini termasuk 2D 1N at Deluxe Room, Buffet Breakfast for 2 & Buffet Dinner for 2. Harga untuk "Holiday Delight Package" ni RM328 & kalau online booking RM295. Kami sekeluarga pernah 2 kali ambil pakej ni sebab buffet dinner memang BANYAK pilihan dan sedaappp..
Tapi semasa berkunjung di Awana Kijal baru-baru ni, kami try online booking. Memang banyak boleh jimat dengan "Awana Astounding Savers". Pakej 2D 1N & Buffet Breakfast for 2 hanya dari RM169-RM189.
Lebih lanjut boleh la surf Awana website www.awana.com.my
Goodbye Awana Kijal...see u again in 2009...




Sempena tahun baru 2009 nih, aku nak update perkembangan aku...
Aisha Sofea sekarang dah ada adik.. Afif Imran & skang ni dah umo 11 bln ++...24hb Jan09 ni genap la 1 tahun.. Ni rupa Afif Imran masa baby.. -->
<-- Bila dah nak setahun ni rupanya cam ni lak..