Ni la mimik-mimik muka Aisha Sofea. Ketawa, senyum malu, marah sumer ada. Nangis takde plaks. Abah kata Aisha Sofea ni fotogenik. Taktau betul ke tak.Bila tengok gambar-gambar ni nampak mcm Aisha ni happy go lucky kan. Tapi Aisha Sofea sebenarnya moody gak orangnya. Ada masa dia asyik senyum & ketawa. Ada masa dia nangis tanpa sebab. Progress Aisha Sofea sekarang banyak. Dia dah pandai ikut radio nyanyi. Walaupun tak pandai cakap, berbunyi la gak. Siap ngan angguk-angguk kepala.
Teringat plak time die kecik-kecik ari tu. Aisha Sofea ni sebenarnya kuat menangis. Memang tension sesgt dulu. Masa umur dia 2 bulan sampai 5 bln, pepetang start kul 6 ptg Aisha Sofea akan start nangis. Dia akan stop kul 8 mlm. Tu memang masa dia. Ada la terbaca artikel kat babycenter, tu tanda-tanda 'Colic'. Memang pergi klinik & pakar kanak-kanak, doktor kata perut die kembung. Colic ni biasa terjadi di kalangan baby-baby. Tapi kalau ikut orang-orang tua, diorang suh bawak 'berubat'. Tapi husband aku tak suka benda-benda macam tu. Jadi kena la berulang alik gi klinik. Kalau part yg sedut-sedut ikut hidung & mulut memang dah biasa. Mahu dalam 3-4 kali sebab selsema & berkahak. Sedih tengok dia kena sedut.
Moga & mudah mudahan Aisha Sofea jadi orang bijak pandai bila besar nanti. Jangan lupa mama & abah yer.