Ada sesapa yang tengok tak Rancangan TV3 'Bersamamu'.. Aku tak tengok tapi aku tahu dr opismate aku. Kali ni bila aku dengar kisah episod kali ni memang betul-betul sedih. Bila diorang cerita pasal 'makan siput babi'.. Ya Allah...sedih sangattt... sesapa yang nak tahu cerita ni boleh la lawat http://www.bersamamu.tv3.com.my
MAINI MARIAM – Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kedaifan. Maini Kudat yang bekerja sebagai pembantu mekanik di bengkel, isterinya, Mariam Abdullah, dan lima orang anak , berusia di antara 11 tahun dan 12 bulan, terpaksa duduk menumpang di bekas kilang bata yang telah di tinggal lebih 12 tahun lalu. Si suami, Maini, menghidapi penyakit sawan yang mana kadangkala memaksanya tidak dapat ke tempat kerja justeru gajinya akan dipotong. Hanya pada Maini sahaja tempat mereka bergantung harapan bagi sesuap nasi. Dia bekerja keras untuk memastikan anak-anaknya meneruskan persekolahan sungguhpun kesempitan wang. Malah, dia terpaksa membayar tambang van RM 70 sebulan untuk dua anaknya ke sekolah. Pendapatan Maini tidak setinggi mana, kira-kira RM350 sebulan. Keadaan rumahnya begitu daif. Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air. Hidup bagaikan kais pagi makan pagi, tumbuhan di sekitar rumah adalah makanan mereka. Lebih menyedihkan, siput babi dijadikan santapan sekeluarga bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka. Dek kerana kedaifan ini, ahli keluarga terdekat menyisihkan mereka sekeluarga. Mereka pernah cuba mendapatkan bantuan dari pihak tertentu tetapi sehinga sekarang tiada sebarang jawapan.

Kalau sesapa nak menyumbang atau menghulurkan bantuan boleh la hubungi:
ORANG YANG TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI
Sjn 65424 Kasnon Bin Kasnan( Cawangan Sekolah)F48 PUSAT LATIHAN POLIS KM24 JLN PUNCAK BORNEO93250 KUCHING, SARAWAK
Tel: 016-8829935 , 0128803056 (Sjn Kasnon Bin Kasnan)

ataupun melalui SMS. Keterangan lanjut boleh le pergi ke link di atas. Tapi aku cuma nak tau... kalau satu SMS contohnya kite bleh derma RM2, berapa ratio yg 'diorang' nak bagi kat org yg memerlukan tu dan berapa 'diorang' nak amik...??? Takkan tak amik apa-apa kut...? hmmmm....ada sesapa leh jawab???

1 comments:

adiksu said...

huhuhu aku pantangla cite2 camni.. mau mengalir jek air mata...